Sunday, August 24, 2014

dungu tiga suku

kita bernafas dalam dunia penuh tipu
kerana kita penipu yang menipu setiap satu
setiap bara api kita pijak satu satu
namun, kita masih bisu
langkah kita dibiar kaku
walau sudah ternampak jalan setiap satu
penyelesaian kepada setiap buntu
namun kita kaku membatu
kita takut terlalu terburu buru
kita sedar, jarak dengan kebahagian sudah suku
tapi kita dungu
kerana biarkan diri berjarak dengan senyum beribu batu
kita ialah si dungu tiga suku




No comments:

Post a Comment